5 Tip Pilih Nama Domain Supaya Website Lebih Mudah Dikenali

Nama Domain

Apabila anda telah membuat keputusan untuk mempunyai website sendiri, salah satu perkara paling penting yang anda kena ambil kisah adalah nama domain. Ini kerana nama domain memainkan peranan yang besar dalam menentukan kebolehcarian maksimum website anda dalam internet.

Hari ni Bam Warez ingin kongsikan mengenai tip memilih nama domain. Ada yang memilih nama domain terlalu panjang, meleret dan boleh dikatakan syok sendiri. Malah lebih teruk langsung tidak menggambarkan jenama atau bisnes yang dibuat.

Hal ini memberikan kerugian kepada pemilik website tersebut kerana objektif membuat website tidak sampai kepada manfaat yang hendak dicari. OK jom, kita lihat satu per satu apa tip pilih nama domain.

TIP 1: PILIH KEYWORD SESUAI

Demi menjadikan website anda mudah dicari oleh pengguna internet, pilihlah domain dengan keyword yang sesuai dengan perniagaan anda. Contoh, jika anda membuat perniagaan jamu, bolehlah cuba nama domain jamupower, jamuhebat atau jamutradisional. Keyword di sini adalah jamu yang secara tidak langsung menggambarkan perniagaan anda.

TIP 2: PILIH NAMA UNIK, RINGKAS, MUDAH DIINGATI

Sebagai pemilik domain, anda perlu kreatif apabila memilih nama domain anda sendiri. Nama domain sebaik-baiknya ada tiga ciri-ciri ini iaitu unik, ringkas dan mudah diingati.
Tak perlu nama yang terlalu susah hendak diingat. Kesalahan terbesar adalah apabila pemilik domain cenderung memilih nama yang dia sendiri suka tanpa memikirkan keperluan pengunjung website itu nanti.

TIP 3: LAKUKAN SEDIKIT KAJIAN

Untuk dapatkan nama yang unik, kita perlukan kreativiti. Namun ada kalanya kita langsung blur atau ketiadaan idea. Nak Bam Warez bantu? Tak susah pun. Abam berikan dua website yang boleh bantu untuk anda semua dapatkan idea untuk pilih nama domain.
Cuba layari website www.leandomainsearch.com atau www.namemesh.com. Kedua-dua website ini sangat memudahkan untuk anda lihat cadangan nama yang bernas untuk dijadikan sebagai nama domain. Selamat mencuba!

TIP 4: ELAK NOMBOR & TANDA HUBUNG

Sebagai pemilik domain, anda kena peka dengan hal ini. Tolong elakkan pembaca keliru dengan nama domain anda. Sila elakkan daripada penggunaan nombor dan tanda hubung misalnya tanda sempang (-). Apabila mereka keliru, maka semakin sukarlah untuk mengunjungi website anda. Rugi, kan?

TIP 5: DOMAIN SAMA DENGAN USERNAME MEDIA SOSIAL

Tip yang kelima ini juga adalah sangat penting untuk anda fikirkan. Pastikan nama domain anda sama dengan username media sosial. Hal ini adalah supaya anda mudah mendapat posisi yang baik pada carian di Google. Sekali gus mengukuhkan jenama anda sendiri.

Ini bermakna, apabila seseorang itu menaip nama jenama anda di carian Google, akan muncul website dan juga media sosial anda. Hal ini lebih memupuk aras kepercayaan pengguna terhadap jenama anda.

Menggunakan domain dotcom adalah pilihan terbaik kerana ranking dotcom yang lebih meluas berbanding domain lain misalnya dotmy dan dotcotdotmy. Domain dotcom lebih dikenali dan digunakan secara meluas di serata dunia membuatkan ranking dotcom selalunya berada di tangga teratas dalam senarai hasil carian Google.

OK, Bam Warez sudah selesai senaraikan 5 tip pilih nama domain. Abam nak bagi bonus sikitlah dalam entri kali ini. Nak tahu tak tempat untuk membeli domain yang murah?

Kalau nak beli domain dotcom yang murah, silalah layari www.namecheap.com kerana di sini memang harganya sangat rendah berbanding di tempat lain.

Kenapa namecheap best? Ini pada pandangan Bam Warez yang memang selalu beli domain di sini.

  1. Beli domain di namecheap bukan sahaja murah tetapi website ini juga sangat user friendly. Senang nak berurusan.
  2. Lepas beli domain, boleh terus akses dalam masa beberapa jam saja. Kalau beli di tempat lain, ada kala ambil masa antara 24 hingga 48 Jam barulah kita boleh akses.
  3. Harga yang ditawarkan lebih murah dan boleh gunakan kupon. Jadi, dapat lebih murah.

Inilah dia 3 sebab kenapa secara peribadi Bam Warez rasa beli domain di namecheap sangat berbaloi. OK, ini sahaja daripada Bam Warez kali ini. Jangan lupa pilih nama terbaik untuk website anda dan gunakan domain dotcom untuk hasil lebih baik serta belilah domain pada harga lebih murah supaya lebih berbaloi. Jumpa lagi dalam entri berikutnya tentang 7 Kelebihan Ada Website Sendiri Yang Founder Wajib Tahu.

Scroll to Top