7 CIRI REKABENTUK WEBSITE TERBAIK
Sebelum Bam Warez terus kepada topik kali ini, boleh Bam Warez tanya soalan? Soalannya adalah apa website yang anda suka tengok dan kenapa anda suka tengok website itu. Selalunya, kita akan suka tengok website itu adalah disebabkan website tersebut mempunyai ciri-ciri yang mesra pengguna selain daripada kontennya yang menepati pengisian yang kita mahukan. OK, jom kita ambil tahu mengenai 7 ciri reka bentuk website terbaik. Kepada anda yang nak buat website, boleh ambil kira ciri-ciri ini dan bincang dengan website developer anda nanti.
PERTAMA: KONSEP MINIMALIS
Tip pertama ini sangat penting. Kenapa kena pilih konsep design yang minimalis? Hal ini supaya website anda jadi ringan dan pengunjung boleh buka dengan cepat. Design minimalis dan ringan tidak ambil banyak masa untuk loading.
Jika design anda keterlaluan, website anda akan jadi berat sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa menunggu lama untuk loading. Apatah lagi dengan capaian internet yang terhad. Hasilnya pengungjung jadi bosan dan takkan mengunjungi website anda lagi.
Cuba lihat website Google yang sangat minimalis dengan mengutamakan ruang putih yang kosong tanpa sebarang design. Simple dan minimalis. Macam itu jugalah website Apple. Boleh rujuk dua website ini ya bila nak design reka bentuk website terbaik.
KEDUA: PENGGUNAAN WARNA
Bab warna ni pun sangat penting. Terutama kalau website yang dimiliki oleh golongan wanita. Suka sangat berwarna-warni, kan? Bam Warez faham sangat tapi alangkah bagusnya kalau penggunaan warna dalam website dipilih dengan adanya strategi.
Antara strategi pemilihan warna adalah seperti berikut:
- Pilih warna ikut tema warna brand anda.
- Guna 1 warna untuk tajuk konten website.
- Guna 1 warna dan 1 jenis font sahaja untuk pengisian konten website.
- Pilih warna background dan font yang kontra (hitam putih atau putih hitam)
Hal ini supaya pembaca website anda tidak sakit mata untuk membaca isi konten anda. Mudahkan pembaca, senangkan pembacaan mereka. Buat empat strategi pemilihan ini konsisten di semua page anda akan menghasilkan reka bentuk website terbaik.
KETIGA: PEKA SOAL TYPOGRAFI
Tip ketiga adalah mengenai typografi. Hal ini bermaksud konten di website disusun dengan kemas supaya mudah dibaca. Reka bentuk website terbaik perlu selaras pada susunan tajuk, bullet list, imej dan juga teks yang teratur. Website developer perlu bijak menyusun semua ini mengikut grid supaya website nampak kemas dan seimbang.
Walaupun hal ini nampak remeh, tapi sebenarnya mempengaruhi pengalaman pembacaan seseorang pengunjung website. Jika reka bentuk typografi berterabur, pastinya website nampak serabut sehingga boleh menjejaskan rasa suka pengunjung untuk singgah di website anda lagi. Tambah teruk jika menjejaskan kredibiliti jenama anda.
KEEMPAT: NAVIGASI PAUTAN
Website ini adalah umpama muka surat sebuah buku. Ada halaman utama, ada isi kandungan dan ada muka surat demi muka surat. Sama macam buku. Jadi, alangkah bagusnya jika anda boleh susun website anda itu seperti seseorang membaca sebuah buku.
Anda kena jelas dengan hal ini supaya pengunjung boleh baca website anda dengan tenang. Mudah untuk dia lihat setiap helaian muka surat.
Paling utama untuk reka bentuk website terbaik, pengunjung perlu mudah nampak kedudukan MENU website anda supaya dia tahu di mana dia berada dan apa yang hendak dia baca. Jangan serabutkan pengunjung apabila website anda susah untuk diterokai oleh pengguna kerana mudah membuat pengguna sesat tak jumpa hujung pangkal di muka surat berapa dia berada.
KELIMA: MESRA SEMUA PENGGUNA GAJET
Gajet ada macam-macam. Misalnya desktop, laptop, tablet dan telefon pintar. Jadi, alangkah bagusnya jika website anda direka bentuk sesuai untuk semua pengguna pelbagai jenis gajet ini. Jangan hanya rekaan yang nampak cantik apabila dibuka menggunakan desktop tetapi berterabur apabila dibuka menggunakan telefon pintar.
Website developer perlu peka dengan hal ini kerana kebanyakan website dibuka menggunakan telefon pintar. Jadi website perlu mesra pengguna untuk semua jenis gajet. Rekaan yang dalam kategori responsive design adalah amat bagus demi menarik perhatian pengunjung website kerana kelihatan teratur. Ini sangat penting untuk memastikan design anda menepati reka bentuk website terbaik.
KEENAM: INTERAKTIF
Website mempunyai pelbagai fungsi interaktif. Antara ciri reka bentuk website terbaik adalah penggunaan slider, floating button, content transition dan animasi. Anda boleh gunakan fungsi-fungsi ini mengikut kesesuaian website anda. Semua fungsi interaktif ini boleh membantu website anda nampak lebih hidup dan menarik perhatian. Pilihlah mana satu fungsi yang sesuai dengan website anda. Namun, ada satu tip yang perlu anda peka iaitu jangan over annoying. Kalau over annoying, dibimbangi mewujudkan rasa menyampah pada pengunjung dan tidak dapat meghasilan reka bentuk website terbaik.
KETUJUH: PEKA SAIZ FAIL IMEJ
Imej atau gambar adalah sesuatu yang perlu ada dalam konten supaya konten nampak lebih menarik. Selain teks, imej memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pembaca website. Namun, ada satu perkara yang perlu anda teliti iaitu saiz fail imej tersebut. Seelok-eloknya, saiz fail imej adalah di bawah 100KB. Jika saiz fail imej itu besar, pengunjung website akan ambil masa lama untuk menunggu imej itu loading.
Nak tahu cara untuk kecilkan saiz fail imej? Boleh layari www.compressjpeg.com atau www.tinyjpg.com untuk membantu anda mengecilkan saiz file imej.
OK, selesai sudah Bam Warez huraikan mengenai 7 ciri reka bentuk website terbaik. Moga bermanfaat dan anda dapat menghasilkan website yang menepati cita rasa pengunjung. Ingat tau, buat website untuk memberi manfaat kepada orang lain dan bukannya syok sendiri. Jumpa lagi dalam entri seterusnya 5 Tip Pilih Nama Domain Supaya Website Lebih Mudah Dikenali.