7 Kelebihan Ada Website Sendiri Yang Founder Wajib Tahu

Kelebihan ada website

Website adalah satu laman maya yang boleh dicapai dengan adanya internet. Hanya dengan satu link, sesiapa sahaja boleh membaca teks, melihat gambar dan menonton video yang dimuat naik ke website tersebut. Boleh dianggap sebagai promosi secara percuma kepada orang ramai.

Masih ramai founder yang terlalu fokus kepada platform media sosial misalnya facebook dan instagram. Ya, memang media sosial sangat penting untuk menaikkan bisnes dengan cepat. Namun jangan terlepas pandang betapa pentingnya mempunyai website sendiri.

Kelebihan Ada Website

Bam Warez nak sangat sarankan kepada founder supaya tahu pasal kelebihan ada website ni. Bukan sebab apa, tapi ini adalah manfaat yang boleh didapati untuk jangka masa panjang. Rugi sangat kalau tak ada website. Sayang masa, sayang tenaga dan sayang brand anda.

Cuba bayangkan situasi ni. Seorang prospek mencari pencuci muka brand anda. Anda ada jual tetapi hanya menjual di facebook. Prospek terpaksa scroll facebook anda untuk dapatkan info. Tapi info di facebook tak lengkap. Prospek cuba cari di Google. Tapi semuanya menjurus kepada facebook sahaja. Tak ada website anda. Yang ada website pencuci muka brand lain. Akhirnya dia tengok website pesaing anda dan beli pencuci muka pesaing anda. Rugi tak?

Anda kena faham. Prospek memerlukan info lengkap sebelum buat keputusan untuk membeli. Website adalah satu-satunya saluran yang menjadi lubuk informasi lengkap. Media sosial adalah ruang untuk memberikan konten tetapi lebih kepada info ringkas dan sepatutnya menjurus membawa prospek kepada website untuk memudahkan closing.

Kali ini Bam Warez nak terangkan 7 kelebihan ada website sendiri yang founder boleh dapat.

1. BRANDING JADI LEBIH POWER

Nak tahu tak, sebenarnya media sosial misalnya facebook dan instagram tu adalah milik orang lain? Mereka boleh ubah apa sahaja yang mereka suka. Pernah dengar algorithm? Algorithm inilah yang selalunya dikawal oleh empunya media sosial. Sesuka hati dia untuk ubah sana sini sehingga menyebabkan apa yang kita muat naik di media sosial boleh dibaca secara terhad sahaja.

Macam itu jugalah di marketplace facebook. Itu semua milik orang. Ada peraturan yang kita kena ikut untuk konten kita orang boleh baca. Malah kita boleh ‘dihalau keluar’ daripada media sosial. Misalnya kena block atau langsung media sosial kita ghaib sekelip mata. Jadi, sampai bila kita nak menumpang di tapak media sosial milik orang?
Buat website sendiri, kredibiliti jenama kita makin power. Branding kita jadi lebih kukuh sebab orang lebih percaya. Dengan kelebihan ada website sendiri, orang yakin memang brand kita wujud dan lebih yakin untuk orang ramai berurus niaga dengan kita.

2. MUDAHKAN CARIAN DI GOOGLE

Apabila anda mempunyai website, anda sebenarnya membuka ruang lebih besar kepada peluang untuk dijumpai dengan mudah oleh prospek. Abam bukan cakap kosong tapi ada rujuk pada report oleh Google 2020. Statistik Google mengatakan 7 daripada 10 pengguna smartphone aktif menggunakan Google Search sebelum membuat keputusan untuk membeli. Secara mudahnya, dengan kelebihan ada website sendiri, jenama anda lebih mudah dijumpai. Jadi, potensi untuk mendapatkan pelanggan jadi lebih mudah. Mereka boleh baca dahulu mengenai jenama anda, mereka dapatkan info dan seterusnya menghubungi anda untuk membeli. Urusan untuk close jadi lebih mudah.

3. KURANGKAN KOS IKLAN

Anda sedar tak bahawa kos iklan di facebook lebih mahal berbanding di Google? Dengan kelebihan ada website sendiri, anda boleh buat iklan Google dengan kos lebih rendah dan lebih berbaloi. Ini menunjukkan adalah lebih bagus jika anda ada website. Anda lebih mudah dijumpai oleh prospek, iklan lebih murah dan potensi untuk mendapat lebih banyak carian di Google menjadi lebih tinggi. Berbaloi kan?

4. POTENSI BUAT DUIT 24 JAM

Ada orang membuat bisnes dengan menjual melalui facebook live. Jualan hanya terhad selama tempoh live berlangsung. Namun dengan adanya kelebihan website sendiri, anda boleh jana income berterusan selama 24 jam. Website ecommerce misalnya, boleh dilayari sepanjang masa. Boleh pula link kepada urusan pembayaran. Ini semua memberi pulangan lebih banyak kepada bisnes anda. Senang cakap, anda tidur pun duit boleh masuk.

5. PELUANG DAPATKAN DATABASE

Bagi orang bisnes, database adalah segala-galanya. Bukan mudah untuk dapatkan database. Namun dengan kelebihan ada website sendiri, anda boleh dapatkan database apabila pelanggan membeli. Bukan itu sahaja. Paling bagus adalah database ini akan direkodkan secara sistematik melalui sistem website anda.

Sebenarnya selama membuat bisnes, kita ada database pelanggan. Tetapi database ini disimpan merata-rata. Ada yang tulis dalam buku, tulis di atas kertas dan hilang entah di mana. Paling teruk setakat simpan dalam telefon bimbit dan hilang apabila berlaku kerosakan pada telefon itu.

Jadi, jika anda bukanlah seorang yang sangat bersistematik dan disiplin dalam merekodkan database pelanggan, website sangat membantu. Ini kerana kelebihan ada website dapat merekodkan database pelanggan dengan cara paling sistematik dan ada back up yang diperlukan.

6. PENINGKATAN JUALAN

Website membolehkan anda menarik lebih ramai orang membeli. Mereka bukan sahaja dari satu channel tetapi dari pelbagai channel sama ada online atau offline. Pelawat-pelawat website anda tidak semestinya pengguna Google sahaja. Tapi website berpotensi untuk dikunjungi oleh mereka yang aktif di laman sosial facebook juga. Jadi sebenarnya pelawat website anda adalah boleh datang daripada pelbagai channel. Best kan bila kelebihan ada website sendiri, potensi pelanggan anda menjadi sangat luas.

7. BEBAS BERKEMPEN DAN PENGISIAN KONTEN

Website tiada yang pantau selagi tidak melampaui batas. Ini bermaksud anda bebas membuat apa sahaja kempen yang anda mahukan. Tidak seperti di media sosial yang ada peraturan dan terikat dengan algorithm. Algorithm inilah yang menyekat kebebasan untuk berkempen dan penulisan konten.

Algorithm menyukarkan anda untuk menjual di media sosial kerana sememangnya media sosial adalah untuk bersosial dan bukannya menjual. Apabila ada website, anda lebih bebas untuk berkreativiti. Anda tidak terikat dengan polisi tuan rumah yang memberikan peraturan sehingga susah untuk menjual. Lagi best, anda tidak perlu berdepan dengan akaun kena freeze oleh tuan rumah. Inilah kelebihan ada website sendiri. Power ke Power?

Nak ada website untuk brand anda sendiri? Ketahui 5 Tip Pilih Nama Domain Supaya Website Lebih Mudah Dikenali

Scroll to Top