Membantu usahawan yang Ada masalah Leads & Conversion

Tak kiralah ditahap mana kedudukan bisnes anda, saya nak bantu anda yang sedang menghadapi masalah mendapatkan leads dan meningkatkan jualan – jom diskus dengan saya!

My Story

SIAPA SAYA?

“Bisnes 7 tahun terkubur, saya tak mahu anda ulang kesilapan yang saya buat,” – Ridzwan Hamid

Jiwa muda. Rasa otak bergeliga. Saya yakin memulakan bisnes pada tahun 2000. Ketika itu saya membantu start up agensi media, SensoryLabs melancarkan portal asianauto.com dengan nilai pelaburan sebanyak RM8 juta. Ketika itu bisnes dotcom memang sedang mencanak-canak, jadi tidak sukar untuk mendapatkan pelabur. 

Dengan pengalaman dan semangat yang ada, saya mulakan syarikat Fusionmind Sdn Bhd pada 10 September 2001. Mudah untuk saya ingat tarikh ini sebab sehari sebelum serangan World Trade Center.

Pada masa itu, kepakaran Fusionmind adalah membantu sektor korporat dan agensi kerajaan membina sistem dan website.

Kalau saya persiapkan diri dengan strategi marketing yang betul, saya pasti Fusionmind sudah berada di level mantap pada hari ini. Tapi, itu semua khayalan. Disebabkan kesilapan dalam marketing, bisnes saya yang sudah berusia 7 tahun pada hari itu, terkubur!

Fusionmind terpaksa saya tutup. Sakitnya saya pada itu kerana saya masih tetap cuba menyelamatkan bisnes saya.

Ya, sakit!

Semuanya disebabkan salah urus bisnes dan kekurangan projek. Walau nyawa-nyawa ikan keadaan bisnes saya, saya masih tetap cuba pertahankan apa yang telah saya usahakan selama ini. Rakan kongsi bisnes pun tinggalkan saya.

Kemuncaknya adalah apabila saya tiada tempat tinggal sehingga terpaksa menumpang tidur di pejabar kawan selama dua tahun. Akhirnya, saya mengalah yang bisnes itu bukan lagi sepatutnya saya pertahankan.

Perit! Tapi itulah kenyataan.

Sampai tahap itu saya terima padah kejatuhan disebabkan masalah urusan marketing.

Daripada seorang yang bergelar founder bisnes, saya kembali makan gaji. Bekerja dengan orang. Semuanya sebab saya perlukan duit untuk menyara hidup. Saya bersyukur kerana diterima untuk bekerja di UEM Group Berhad.

Hidup saya kembali normal dengan gaji yang cukup selesa untuk meneruskan kehidupan setelah kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan saya hilang segala-galanya.

Walaupun perancangan awal saya cuma ingin bekerja sekejap saja, tetapi disebabkan zon selesa, saya bekerja di UEM selama tujuh tahun.

Ketika itu jugalah saya hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang dibawakan oleh Dr Azizan Osman.

Dari situlah saya mula melibatkan diri secara serius tentang bisnes. Saya belajar mengenai strategi, design, teknologi online marketing dan jualan. Saya tekad untuk mula berbisnes semula dengan mempertaruhkan pengalaman dan ilmu yang saya dapat daripada mentor saya ini.

Pada 2017, saya bangunkan Adtejari Corporation Sdn Bhd dengan jenama truQlix.

Syarikat ini membantu founder bisnes yang ada masalah leads dan conversion. Saya buat ini semua kerana saya tak sanggup melihat founder ulang kesilapan saya dulu.

Disebabkan masalah leads dan conversion inilah saya hidup begitu susah sampai terpaksa tutup bisnes yang susah payah saya bangunkan.

Selama 20 tahun ini, saya berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai syarikat di Malaysia dan luar negara.

Pelbagai peringkat daripada syarikat berskala besar, pertubuhan bukan kerajaan dan juga jabatan kerajaan.

Ini semua termasuklah Nestle, Maybank, Telekom Malaysia dan KPJ Healthcare.

Saya bangga dengan segala kerja yang telah saya hasilkan. Saya berikan apa yang saya tahu melalui ilmu dan pengalaman yang saya ada. Semua ini dapat saya persembahan dengan keunikan dalam peluang untuk membina dan berkongsi segala manfaat bersama bakal klien saya.

Jadi, tak kiralah di mana kedudukan bisnes anda, saya berminat untuk bantu anda yang sedang menghadapi masalah dari segi strategi marketing, berkaitan dengan mendapatkan leads dan conversion untuk meningkatkan jualan – jom diskus dengan saya!

Scroll to Top