Jangan Tertipu Beli Website Hosting!!! 3 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

Website Hosting

Panduan membeli website hosting

Ada banyak perkara yang perlu anda teliti sebelum membeli website hosting. Bagi orang yang baru nak membina website, ada kemungkinan kurang mahir dengan hal ini lantas meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada website developer. Mempunyai website sememangnya sesuatu yang sangat bagus untuk menaikkan kredibiliti perniagaan anda. Namun, menyediakan website perlulah tau apa itu website hosting dan merujuk kepada tenaga pakar. Ini supaya anda tidak berada dalam keadaan rugi apabila membina website impian anda.

Sebab itulah ada situasi founder yang tertipu dengan website developer kurang jujur. Harga website hosting murah tetapi anda telah dikenakan caj mahal disebabkan anda tiada ilmu asas dalam pembinaan website.

Jom Bam Warez terangkan serba sedikit asas dalam membina website iaitu pembelian website hosting. Sekurang-kurangnya anda ada ilmu yang tidak mudah terpedaya dengan penyedia hosting atau website developer.

KETAHUI 3 JENIS PAKEJ HOSTING YANG ADA

1) SHARED WEBSITE HOSTING

Pakej Shared Hosting ini berbentuk satu perkongsian bersama-sama dengan website lain. Maksudnya anda akan berkongsi satu website hosting yang sama dengan pemilik website lain. Bagi Bam Warez, Shared Hosting amat sesuai untuk anda yang baru hendak bermula mempunyai website sendiri.
Secara mudahnya, Shared Hosting ini umpama kita duduk dalam satu bangunan rumah flat. Dalam satu bangunan ada banyak unit rumah. Bangunan itu adalah hosting dan unit rumah pula adalah website. Macam itulah keadaannya.
Shared Hosting boleh dibeli dengan harga RM100 hingga RM600 setahun. Boleh dikatakan sebagai satu pembelian bijak kerana harganya murah.

2) VPS WEBSITE HOSTING

Kalau website anda sudah semakin popular sehingga menerima beribu-ribu pengunjung sehari, anda disarankan beralih kepada VPS Hosting. Sebenarnya, hosting ini masih lagi dikongsi bersama website lain. Maksudnya, dalam satu server, anda menggunakan server itu bersama-sama dengan pemilik website lain.
Apa yang membezakan VPS Hosting dengan Shared Hosting? Bezanya adalah walaupun berkongsi server yang sama, anda bebas upgred processor, RAM, storage, install sistem operasi dan juga aplikasi yang anda suka.
Secara perumpamaannya, kalau Shared Hosting umpama duduk di rumah flat, VPS Hosting pula umpama anda duduk di rumah semi-D. Berkongsi dinding tapi anda ada halaman rumah untuk tambah garaj atau besar bahagian dapur.
Harganya VPS hosting pula berbeza-beza tetapi biasanya bermula dengan RM60 sebulan.

3) DEDICATED WEBSITE HOSTING

OK, jom Bam Warez terangkan pula mengenai Dedicated Hosting. Dengan harga bermula RM300 sebulan, Dedicated Hosting adalah pilihan hosting terbaik bagi website yang sudah kukuh kedudukannya di alam maya. Kenapa? Sebabnya Dedicated Hosting mempunyai keupayaan untuk menampung kehadiran beratus-ratus ribu pengunjung website dalam sehari.

Ini bermakna, jika website anda menerima pengunjung yang terlalu ramai dalam sehari, tiada masalah untuk mereka membaca konten dan menonton video yang ada. Tanpa server yang besar, pengunjung akan menghadapi masalah untuk loading dan view website anda.

Jadi, jika website anda sudah dikenali dan mempunyai pengunjung yang ramai, Dedicated Hosting adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

SEBELUM BELI, APA KRITERIA YANG PERLU ANDA AMBIL KIRA?

Bam Warez nak jelaskan mengenai kriteria yang perlu anda ambil kira sebelum membeli hosting untuk website. Ada 3 kriteria yang perlu anda peka dan nilaikan sebelum membuat pembelian. Kriteria itu adalah:

1) KAPASITI SIMPANAN ATAU STORAGE

Kenal pasti website anda itu berbentuk blog atau eCommerce. Ini kerana website berbentuk blog tak perlulah anda beli hosting yang besar. Blog tidak perlukan kapasiti simpanan yang besar kerana lebih banyak teks. Kalau website anda berbentuk eCommerce, simpanan data selalunya lebih besar kerana ada banyak gambar termasuk data transaksi pelanggan.
Pakej hosting paling murah biasanya menawarkan kapasiti penyimpnan sebanyak 1GB. Jadi, sebelum buat keputusan untuk memilih pakej hosting terbaik, ambil kira anggaran penggunaan simpanan data website anda ya!

2) KAPASITI BANDWIDTH

Apa tu bandwidth? Inilah dia jalur lebar. Apa yang perlu anda tahu mengenai jalur lebar ni? Jalur lebar ni adalah kiraan lalu lintas dan data antara pengunjung dengan website anda. Kapasiti bandwidth mengira data maksimum yang boleh dipindahkan dalam satu masa mengikut kiraan per saat. Makin tinggi angka bandwitdh, makin banyaklah data boleh transfer daripada website kepada pengunjung yang membuka website anda.

Anda jangan terpedaya dengan tawaran jalur lebar tanpa had atau unlimited bandwidth. Sebabnya, kos memberikan unlimited bandwidth pada semua pelanggan sangat tinggi. Jadi, lebih baik membeli jalur lebar mengikut kapasiti penggunaan anda. Lebih selamat. Macam mana nak tahu anggaran bandwitdh yang anda perlukan?

a) Buat anggaran saiz website anda dalam kilobytes.

b) Darabkan saiz website dalam kilobytes mengikut jumlah purata pengunjung website untuk sebulan.

c) Dari sini dapatkan purata jumlah paparan setiap pengunjung.

Jadi, dari sini anda boleh anggarkan berapa nilai bandwidth yang anda perlukan untuk dapatkan paparan terbaik untuk setiap pengunjung. Bolehlah pilih pakej hosting yang menawarkan bandwidth ikut keperluan website anda ya.

3) KADAR UPTIME

Sebelum membeli hosting terbaik, anda perlu ambil kira berapa kadar uptime. Apa itu uptime? Ini adalah jumlah masa yang ditunjukkan mengenai server yang tinggal dan berjalan. Uptime ditunjukkan dalam bentuk peratus. Kadar peratus yang tinggi bermaksud server tetap berjalan dan tidak memberi masalah untuk website terus dapat dikunjungi. Uptime yang bagus adalah 99.99 peratus.

HATI-HATI!

OK, selesai penerangan Bam Warez mengenai topik entri kali ini. Inilah dia perkara yang perlu anda semua peka sebelum memilih hosting yang terbaik untuk website anda. Sekali lagi Bam Warez nak pesan, jangan mudah terpedaya dengan tawaran unlimited storage atau bandwitdh.

Kebiasaannya, tawaran menggunakan istilah unlimited website hosting memang sangat wow. Tapi betul ke unlimited tu betul-betul tanpa had? Anda kena faham sebenarnya pakej yang paling mahal sekali pun, mesti ada had terutama storage untuk data. Tak logik jika ada tawaran yang sangat menarik dengan menggunakan istilah unlimited.

Pilihlah penyedia servis hosting yang jujur dengan memberikan angka yang boleh anda proses datanya. Misalnya berapa bandwidth, berapa storage dan angka-angka lain yang boleh dinilai.

Nak Bam Warez pilihkan hosting terbaik untuk website anda? Sebelum beli hosting, baca dulu 5 Tip Pilih Nama Domain Supaya Website Lebih Mudah Dikenali

Scroll to Top