
Website Design
Kedai Digital Yang Buat Orang Taknak Keluar.
Website bukan sekadar ada gambar dan teks. Ianya adalah pengalaman. Pengalaman pertama yang buat pelanggan rasa selesa, yakin, dan seronok berada di kedai digital anda. Dengan website design yang betul, pelanggan takkan teragak-agak untuk explore dan akhirnya buat pembelian.
Apa yang anda akan dapat:
- Reka bentuk yang menarik, pantas, dan mesra pengguna.
- Layout responsif, boleh diakses dari mana-mana peranti (desktop, tablet, atau telefon).
- Menghasilkan pengalaman pengguna yang selesa dan meningkatkan kadar conversion.
Contoh: Anda memiliki bisnes pakaian. Website anda dibina dengan rekaan minimalis yang sleek, mudah untuk pelanggan mencari dan membeli barang. Pelawat rasa seronok membeli-belah dan selesa menavigasi laman tersebut.
Marketing Automation
Buat Kerja Sekali, Hasil Berkali-Kali.
Terlalu sibuk sampai tak cukup masa nak buat semua? Marketing automation adalah penyelamat. Bayangkan anda boleh setup sistem sekali, dan ia terus berjalan tanpa henti, follow-up dengan pelanggan, urus email, bahkan post di media sosial. Segalanya berjalan lancar, walaupun anda sedang tidur.
Apa yang anda akan dapat:
- Automasi pemasaran yang berfungsi 24/7, tanpa campur tangan manual.
- Memudahkan urusan follow-up pelanggan secara automatik.
- Menjimatkan masa dan tenaga dengan sistem automatik yang efisien.
Contoh: Sistem marketing automation akan menghantar email reminder automatik kepada pelanggan yang meninggalkan cart tanpa melengkapkan pembelian. Anda boleh tingkatkan kadar conversion tanpa perlu follow-up secara manual. untuk selesaikan pembelian mereka.


Lead Generation
Bawa Masuk Pelanggan Yang Berkualiti.
Pernah rasa kecewa bila banyak likes dan views tapi tiada pembeli? Saya faham sangat rasa tu. Sebab tu lead generation sangat penting. Kita tak nak tarik orang yang cuma “window shopping” kan? Kita nak mereka yang dah ada minat, yang dah bersedia nak jadi pelanggan setia.
Apa yang anda akan dapat:
- Meningkatkan prospek berkualiti tinggi yang betul-betul berminat dengan produk/servis.
- Strategi pemasaran tepat untuk target audience yang relevan.
- Funnel yang disusun rapi untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Contoh: Anda jalankan seminar online SPM. Dengan lead generation yang tepat, peserta seminar yang betul-betul ingin belajar lebih lanjut akan terus mendaftar ke program lanjutan yang anda tawarkan.
Email Marketing
Jalin Hubungan, Bina Kesetiaan.
Pernah rasa kecewa bila pelanggan senyap selepas sekali beli? Dengan email marketing, anda boleh pastikan hubungan dengan pelanggan kekal hidup. Setiap email adalah peluang untuk terus berhubung, beri nilai, dan buat mereka rasa istimewa.
Apa yang anda akan dapat:
- Automasi email dengan mesej yang personal dan relevan kepada pelanggan.
- Hubungan jangka panjang dengan pelanggan yang setia melalui email berkala.
- Email yang menarik perhatian, menawarkan promosi eksklusif, dan meningkatkan peluang jualan.
Contoh: Setiap kali ada promosi jualan, pelanggan sedia ada akan menerima email notifikasi awal, dengan diskaun eksklusif yang hanya mereka dapat. Mereka rasa dihargai, dan terus membeli daripada anda.


Search Engine Optimization (SEO)
Jalin Hubungan, Bina Kesetiaan.
Tak cukup sekadar ada website kalau orang tak jumpa anda. Dengan Search Engine Optimization (SEO), anda akan muncul di tempat yang paling penting—di halaman pertama Google. Setiap kali orang cari produk atau servis anda, mereka akan nampak anda di situ. SEO bukan sekadar teknik, ianya adalah kunci untuk bawa masuk trafik organik yang akan jadi pelanggan setia anda.
Apa yang anda akan dapat:
- Meningkatkan ranking di enjin carian seperti Google.
- Website anda akan lebih mudah dijumpai oleh pelanggan yang mencari produk atau servis.
- Menarik trafik organik yang berkualiti tanpa perlu bayar iklan berterusan.
Contoh: Anda memiliki kedai perabot, dan dengan strategi SEO, website anda muncul di halaman pertama Google setiap kali orang mencari “kedai perabot murah” di kawasan anda. Ini meningkatkan jumlah pengunjung yang mencari perabot tanpa perlu bergantung pada iklan berbayar.