Ridzwan Hamid

Dari UTM Jalan Semarak ke Dunia Digital.

Kalau ditanya, apa yang bawa saya ke dunia keusahawanan ni? Jawapan saya mudah — takdir. Saya sendiri tak pernah terfikir yang saya akan sampai ke tahap ini, tapi inilah pilihan yang saya buat, dan dari sinilah perjalanan hidup saya berubah.

Nama saya Ridzwan Hamid. Dalam dunia digital ni, orang kenal saya dengan pelbagai gelaran — Solution Architect, Digital Strategist, dan juga Founder Adtejari Corporation Sdn. Bhd.

Perjalanan saya bermula jauh sebelum itu, pada tahun 1995, masa saya bekerja sebagai System Developer di IT Center UTM Jalan Semarak. Waktu tu, saya banyak terlibat dalam pembangunan sistem untuk agensi kerajaan. Dari situ, saya nampak bagaimana teknologi boleh mengubah dan mempermudahkan urusan seharian.

Lepas tu, tahun 2000, saya mula terjun ke dunia digital marketing. Saya sertai satu start-up agensi media sebagai CTO dan terlibat dengan pelancaran portal automotif bernilai jutaan ringgit. Dari situlah segalanya bermula. Minat saya terhadap dunia digital semakin mendalam, dan itulah asas kepada semua yang saya lakukan hari ini.

Gagal Bukan Penghujung, Ia Permulaan

Tahun 2001, masa tu dunia digital sedang menggila. Dot com meletup-letup, rasa macam semua benda boleh jadi. Saya ambil keputusan besar, tubuh syarikat sendiri – Fusionmind Sdn. Bhd. Fokus kami, bangunkan sistem dan website untuk sektor korporat dan kerajaan. Masa tu, dalam kepala, saya percaya betul ini adalah jalan yang terbaik. Saya yakin, tiada apa yang mustahil.

Tapi, kadang hidup ni tak ikut jalan yang kita rancang. Lepas tujuh tahun, syarikat saya terpaksa ditutup. Saya belajar satu benda penting – ilmu pengurusan syarikat dan strategi perniagaan, sangatlah kritikal. Saya hilang semuanya, terpaksa balik ke dunia makan gaji. Tapi satu benda yang saya tahu, kegagalan ni bukan penamat. Setiap kejatuhan ada peluang untuk bangkit semula.

Setiap yang pahit pasti ada manisnya. Dalam perjalanan saya, ada projek yang tinggalkan kesan mendalam. Antara yang paling membanggakan adalah bersama KPJ Healthcare Berhad. Kami bantu selaraskan website branding untuk 18 hospital dan HQ mereka. Hasilnya, keseluruhan imej KPJ kelihatan lebih profesional dan tersusun — satu kepuasan bila melihat hasil kerja memberikan impak besar pada klien.

Certified Solution Architect

Semasa bekerja dengan UEM Group Berhad, saya berpeluang untuk mengikuti kursus Solution Architect TOGAF 9 pada tahun 2015. Masa tu, saya rasa seperti sebuah pintu baru yang terbuka luas. Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan pensijilan TOGAF 9, yang bukanlah sesuatu yang mudah.

Sedar tak sedar, tak ramai yang berjaya dapatkan pensijilan ini. Hanya segelintir orang yang mampu meraihnya. Untuk makluman, hanya 10% daripada golongan profesional IT di seluruh dunia yang mempunyai TOGAF Certified. Bayangkan, berapa banyak syarikat-syarikat besar dan global yang mencari individu yang mempunyai kelayakan ini. Saya tahu, ia adalah pencapaian yang sangat bernilai, bukan hanya untuk kerjaya saya, tetapi untuk membantu saya membuka peluang lebih besar dalam dunia digital dan strategi bisnes.

TOGAF memberikan saya alat dan pemahaman untuk merancang sistem yang lebih baik, mengurus transformasi digital dengan lebih cekap, dan membina infrastruktur yang mantap untuk masa depan. Itulah nilai yang saya bawa dalam setiap projek yang saya lakukan untuk klien-klien saya.

Bangkit Semula!

Pada tahun 2017, saya bangkit semula dengan Adtejari Corporation Sdn Bhd di bawah jenama truQlix. Kali ini, saya buat keputusan untuk bantu founder bisnes yang alami masalah sama seperti saya dulu — lead berkualiti dan conversion. Kesilapan yang saya lakukan sebelum ini menjadi panduan untuk saya bantu bisnes lain elakkan dari mengulangi nasib yang sama.

Pengalaman 25 tahun dalam industri ini mengajar saya banyak perkara. Saya berpeluang bekerjasama dengan pelbagai syarikat besar seperti Nestle, Maybank, Telekom Malaysia, dan KPJ Healthcare. Setiap projek yang saya buat, saya bawakan pengalaman dan kepakaran yang tak ternilai.

Kini, saya di sini bukan sekadar untuk bina website atau sistem. Saya di sini untuk bantu perniagaan anda berkembang, kerana saya faham betapa pentingnya strategi digital yang tepat dalam dunia bisnes hari ini.

Saya percaya, dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, tiada bisnes yang terlalu kecil atau terlalu besar untuk berjaya.

Buku Pertama

Saya sangat teruja nak kongsi sesuatu yang istimewa, eBook pertama saya bertajuk “Bina Satu Website Hasilkan 100K Sebulan Kini Tak Mustahil Lagi.”

eBook ni saya tulis khas untuk anda yang baru nak mulakan website tapi tak pasti cara yang betul. Mungkin anda dah ada website tapi tak tahu macam mana nak tarik trafik dari Google, nak boost sales guna website, atau masih lagi urus pelanggan melalui WhatsApp. Kalau anda masih tak ada strategi funnel yang berkesan, eBook ni memang tepat untuk anda.

Setebal 150 muka surat, eBook ni bukan setakat teori yang entah apa-apa. Ia adalah gabungan pengalaman saya lebih 25 tahun dalam dunia digital, membangunkan beribu-ribu website untuk agensi kerajaan, syarikat-syarikat besar, dan antarabangsa. Ini bukan cara biasa untuk hasil yang biasa-biasa. Formula dan strategi dalam eBook ni dah terbukti, bantu ramai founder capai jualan 6 angka setiap bulan!

Kalau anda rasa susah nak tarik trafik, pening kepala fikir macam mana nak close sale, atau website yang ada sekarang tak cukup power, ini lah jawapannya. Saya yakin, lepas anda baca eBook ni, anda akan nampak website dari sudut yang berbeza. Anda akan faham betapa pentingnya strategi yang betul untuk capai kejayaan yang anda impikan.

Scroll to Top